Saturday, September 25, 2010

Sambutan Hari Raya Peringkat IPG KSM

Selamat Hari Raya!!
Suasana sambutan Aidilfitri masih lagi menebal dalam kalangan warga IPG Kampus Sultan Mizan.
Oleh itu, satu sambutan Majlis Hari Raya Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan akan diadakan pada 12 Oktober 2010 iaitu Selasa.
Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis sambutan terbabit!

Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadhan!!

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak bagi tahun 2010 ini.
Diharapkan semua pelajar dapat menghayati bulan Ramadhan ini dan mendapat segala keberkatan yang ada di dalamnya.
InsyaAllah.

Tuesday, July 20, 2010

Minggu Penghayatan & Kefahaman Islam

Biro Agama & Pendidikan, JPP IPG KSM akan menganjurkan Minggu Penghayatan & Kefahaman Islam bagi tahun 2010..

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi program ini, sila layari laman blog ini..
http://www.biroagamaipgksm.blogspot.com/

Friday, July 9, 2010

Majlis Persaraan 3 Pensyarah IPG KSM

Pada 8 Julai 2010 bersamaan hari Khamis, satu majlis persaraan telah diadakan bagi menyambut persaraan 3 orang pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan. Mereka adalah :
- Tn Hj Abd Murad Bin Zakariya - Ketua Jabatan Pengajian Melayu
- Tn Hj Ahmad Bin Mohd Salleh - Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral
- Tn Hj Yajid Bin Yaacob - Pensyarah Jabatan Matematik
Berikut adalah gambaran sekitar majlis persaraan tersebut.

Perarakan masuk yang diiringi pasukan Caklempong


Ucapan Naib Yang DiPertua JPP

Ucapan Tn Hj Ahmad Bin Mohd Salleh
Selepas ini kita akan merindui tazkirah pagi yang disampaikan oleh beliau setiap hari

Ucapan Tn Hj Abdul Murad Bin Zakariya

Ucapan Tn Hj Yajid Bin Yaacob.
Beliau baru sahaja ditukarkan ke IPG Kampus Sultan Mizan
dari IPG Kampus Kota Bharu.

Bacaan pengisahan diri dan nazam oleh En Mohd Hanif

Penyampaian cenderamata JPP kepada pensyarah-pensyarah terbabit


Persembahan nyanyian oleh pelajar KDPM KEMAS
Dimanakan ku cari ganti
Diiringi oleh En Khir Anuar & En Rozlan,
Pensyarah Unit Muzik, Jabatan Kajian Sosial

Tn Hj Abd Murad bersama pelajar

Meraikan Ust. Ahmad, Tuan Hj. Murad dgn Tuan Hj. Yajid. Mereka bersara wajib, bukan akibat ramalan seekor sotong kurita.
**credit to Asraf Hadzwan**

Thursday, July 8, 2010

Sekitar Minggu Pengurusan pelajar Baharu (MPPB) Jun 2010

Hari Pendaftaran 28 Jun 2010 (Isnin)


Majlis Perasmian MPPB, Selasa 29 Jun 2010
Oleh Tn Hj Zainuddin Bin Muhammad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan
turut dihadiri wakil Institut Pendidikan Guru Induk, Kementerian Pelajaran Malaysia


Sekitar sesi LDK & Ceramah


Hari terakhir - Khamis 1 Julai 2010
Semua pelajar baharu dibawa ke Pantai Bukit Keluang


Semua gambar di dalam album ini tiada nilai komersial. Langsung takde. Yang ada nilai komersial akan dijual dalam bentuk cakera padat, kad memori, memori terindah dan memori daun pisang sahaja.
**credit to Asraf Hadzwan**

Sunday, June 27, 2010

Selamat Datang Pelajar Baharu dan Lama!

Sidang akademik semester kedua bagi tahun 2010 telah tiba.
Selamat kembali kepada semua pelajar lama yang akan meneruskan sesi pengajian mereka pada semester kali ini.
Selamat datang juga kepada semua pelajar - pelajar baharu ambilan Jun 2010 yang akan mendaftar pada hari Isnin 28 Jun 2010.
Semoga sidang akademik pada semester ini akan memberikan semangat dan azam yang baru!

Ambilan Jun 2010 terdiri daripada:
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pra-PISMP)
- Sains
- Matematik
- Bahasa Inggeris 1 & 2
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Kurusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
- Matematik
- Pra-Sekolah
- Bahasa Inggeris

Selamat bertugas kepada semua JPP yang akan mengendalikan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) kali ini.

Monday, June 21, 2010

Cuti Khas Negeri Terengganu

Di atas kejayaan kontinjen SUKMA Negeri Terengganu baru-baru ini yang merangkul Johan Keseluruhan bagi tahun 2010 ini, maka Kerajaan Negeri Terengganu berbesar hati untuk mengumumkan bahawa cuti khas sempena kejayaan skuad kontinjen ini.
Cuti jatuh pada :
Ahad
27 Jun 2010

Oleh itu, IPG Kampus Sultan Mizan akan bercuti pada tarikh tersebut.
Sesi interaksi kuliah yang pertama akan dijalankan pada hari Isnin 28 Jun 2010.

Sekian. Terima Kasih
Hak Cipta Terpelihara © 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Kota Putra, Kg Raja, 22200 Besut
Terengganu Darul Iman.