Wednesday, February 16, 2011

Terima Kasih JPP 2010/2011

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2010/2011
di atas sumbangan dan jasa yang telah banyak disumbangkan oleh anda semua.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah dapat bekerjasama dengan baik terhadap segala aktiviti yang telah dijalankan!
Barisan JPP 2010/2011 adalah yang terbaik!

Semoga kepimpinan JPP 2011/2012 akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan JPP dengan lebih jayanya!

Terima Kasih!!

Ini merupakan keluaran terakhir dari JPP 2010/2011, maka selepas ini webmaster tidak akan lagi mengaktifkan laman ini.
Diharap exco Multimedia yang baru akan membina laman baru..

Maaf atas segala kesulitan.

Nota kaki - kalau terserempak kat mana2 tu, tegur2 lah yer, jgn angkat hidung tu trlalu tinggi! Nnt jatuh ke tanah juga akhirnya!

Tuesday, October 19, 2010

SUKAN!!!

Minggu ini, pelajar-pelajar IPG Kampus Sultan Mizan akan terlibat secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

Antaranya :
Karnival Olahraga IPG Kampus Sultan Mizan 2010, pada 20 & 21 Oktober 2010,
Kejohanan Tenis IPG KSM 2010 Kali ke-3, pada 21, 22 dan 23 Oktober 2010 dan
Kejohanan Hoki Piala Tn Hj Othman Kali ke-4 pada 23 Oktober 2010.

Semua pelajar dijemput mengambil bahagian dan memeriahkan aktiviti yang dijalankan!!

*Credit to Afnan*

Sunday, October 17, 2010

Majalah Cakna 2010!!

Untuk makluman semua warga IPG Kampus Sultan Mizan, Majalah Cakna 2010 adalah satu majalah tahunan IPG Kampus Sultan Mizan yang telah terhenti selama 3 tahun.
Oleh itu, Exco Penerbitan & Publisiti telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan semula majalah tahunan ini.
Proses penyediaan majalah ini telah pun siap sepenuhnya dan semua info dan maklumat telah diberikan kepada pihak syarikat percetakan.
Pihak Pentadbiran IPG Kampus Sultan Mizan juga telah mempersetujui semua ilustrasi dan maklumat yang terdapat di dalam Majalah Cakna ini.
Berita baik buat semua pelajar, Majalah Cakna 2010 ini sedang di dalam proses percetakan. Maka anda akan menerima majalah ini sebelum cuti semester, InsyaAllah jika tiada sebarang halangan.

Tahniah diucapkan kepada Exco penerbitan & Publisiti serta
Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah Cakna 2010!

Friday, October 15, 2010

Tahniah! IPG KSM Johan Kuiz Pelaburan PNB peringkat IPG Malaysia 2010!!


Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta IPG Kampus Sultan Mizan yang telah merangkul JOHAN di dalam Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi tahun 2010!!!
Mereka telah membawa pulang Piala Pusingan, Piala iringan dan wang tunai RM8000.00 (RM5000 kepada IPG dan unit-unit Amanah Saham Gemilang (ASG) - Pendidikan bernilai RM1500 untuk peserta).
Mereka telah berjaya menebus kekalahan lepas pada tahun 2009 di pusingan Akhir apabila mereka hanya mendapat tempat kelima.
Berikut adalah peserta Kuiz Pelaburan PNB 2010 :
JOHAN
Muhd Eddy Izzuan - PISMP Jan2007 Matematik
Darliana Suraya Bt Desa - PISMP Jan2009 Peng. Sosial 1
SUKU AKHIR
Nurul Alia Bt Mohd Sukri - PISMP Jan2009 Peng. Sosial 1
Khatijah Aris - PISMP Jan 2010 Peng. Sosial 1

Tahniah diucapkan!!

Sekitar Seminar Dan Ekspo Penyelidikan Inovasi dan Jamuan Aidilfitri 2010


Berikut adalah gambar-gambar sekitar Seminar dan Ekspo penyelidikan Inovasi IPG KSM 2010 dan Jamuan Aidilfitri IPG KSM 2010
11-12 Oktober 2010



Rektor melawat booth pameran

Membakar lemang untuk jamuan Aidilfitri

Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Bin Dolhan disambut tiba di IPG KSM

Gotong royong untuk Jamuan Aidilfitri

Ucapan Dr. Hjh. Samsiah Bt Mustaffa

Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia disambut dengan Silat.

Persembahan Dikir Barat Sri Arjuna ketika jamuan Aidilfitri

Antara Pemenang Anugerah Emas
"Gendang Berpic"

*credit to Asraf Hadzwan*

Friday, October 1, 2010

Lawatan Akreditasi MQA


Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengalu-alukan kehadiran pihak Malaysia Qualification Agency yang akan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Agus Yusoff (UKM) ke IPG Kampus Sultan Mizan yang akan menjalankan proses akreditasi kepada pelajar-pelajar Cohort 1 PISMP Januari 2007 Pengajian Sosial pada 5 Oktober 2010 (Selasa).

Sehubungan itu, semoga berjaya juga diucapkan kepada pelajar PISMP Januari 2007 Pengajian Sosial serta Jabatan Kajian Sosial IPG Kampus Sultan Mizan untuk proses pengakreditasian ini.

Sunday, September 26, 2010

Pengarah Baru IPG KSM

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengalu-alukan ketibaan
Yg. Bhg. Dr. Hjh. Samsiah Bt Mustaffa ke IPG Kampus Sultan Mizan pada 20 September yang lalu sebagai Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan yang baru. Sedikit biodata beliau :

Nama : Dr. Hjh. Samsiah Bt Mustaffa

Tarikh Lahir : 8 Julai 1953

Tempat Lahir: Kampung Bukit Belah, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim

Latar Belakang Pendidikan :

- Sek. Keb. Gaal, Pasir Puteh, Kelantan

- Sek. Men. Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan

- Sek. Men Kamil, Pasir Puteh, Kelantan

- Sek. Men. Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

- Universiti Malaya (B.A Hons) – 1976

- Universiti Kebangsaan Malaysia (M. Ed) – 1991

- University Of Sheffield, United Kingdom (M. Phil) – 1998

- University Of Sheffield, United Kingdom (PhD) – 2004

Pengalaman Kerjaya

- Guru Sek. Men. Hamzah – 1978

- Guru Sek. Men. Sri Gunung, Bachok – 1978-1981

- Pustakawan Maktab Perguruan Kota Bharu – 1983 – 1989

- Pensyarah Maktab Perguruan Kota Bharu – 1991 – 1996

- Pensyarah Maktab Perguruan Kota Bharu – 2000 – Jun 2007

- Ketua Pusat Institut Aminuddin Baki – Jun 2007 – April 2009

- Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki – April 2009 – September 2010

- Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan – September 2010 – Kini

Anugerah

- Prestasi Perkhidmatan Cemerlang, 1996

- Prestasi Perkhidmatan Cemerlang, 1997

- Prestasi Perkhidmatan Cemerlang, 2001

- Prestasi Perkhidmatan Cemerlang, 2002

- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2005

- Darjah Kebesaran Kelas Kelima (A.S.K) oleh Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan, 2005

- Penggerak Penyelidikan Peringkat Kebangsaan, 2006

- Penulis buku “Membangun Modal Insan Cemerlang Minda Kelas Pertama”.

Diharap beliau akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan IPG Kampus Sultan Mizan ke tahap yang lebih membanggakan lagi.
Selamat bertugas!
Hak Cipta Terpelihara © 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Kota Putra, Kg Raja, 22200 Besut
Terengganu Darul Iman.