Sunday, October 17, 2010

Majalah Cakna 2010!!

Untuk makluman semua warga IPG Kampus Sultan Mizan, Majalah Cakna 2010 adalah satu majalah tahunan IPG Kampus Sultan Mizan yang telah terhenti selama 3 tahun.
Oleh itu, Exco Penerbitan & Publisiti telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan semula majalah tahunan ini.
Proses penyediaan majalah ini telah pun siap sepenuhnya dan semua info dan maklumat telah diberikan kepada pihak syarikat percetakan.
Pihak Pentadbiran IPG Kampus Sultan Mizan juga telah mempersetujui semua ilustrasi dan maklumat yang terdapat di dalam Majalah Cakna ini.
Berita baik buat semua pelajar, Majalah Cakna 2010 ini sedang di dalam proses percetakan. Maka anda akan menerima majalah ini sebelum cuti semester, InsyaAllah jika tiada sebarang halangan.

Tahniah diucapkan kepada Exco penerbitan & Publisiti serta
Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah Cakna 2010!

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara © 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Kota Putra, Kg Raja, 22200 Besut
Terengganu Darul Iman.